I made this widget at MyFlashFetish.com.

KEPIMPINAN PERSATUAN SESI 2008/09

Saturday, March 1, 2008

~KENALI KANTA LEKAP/KANTA SENTUH~

Apakah itu Kanta Lekap?
Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai kanta sentuh.
Siapa yang perlu memakainya?
1. Individu yang menghidapi keratokonus. Individu yang mempunyai bahagian tengah korneanya beransur-ansur mengunjur keluar. Biasanya dengan pemakaian kanta lekap ini penglihatan adalah lebih baik dari memakai kaca mata.
2. Individu yang mengalami afakia. Individu yang kanta matanya telah dikeluarkan. Memakai kanta lekap ini akan memberi manfaat kepadanya.
3. Individu yang mempunyai parut di korneanya. Memakai kanta lekap akan dapat memperbaiki penglihatannya.

Siapa yang tidak patut memakainya?
· Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
· Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
· Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
· Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.

Jenis-jenis kanta lekap dan kegunaannya

KANTA LEKAP JENIS KERAS

Kanta lekap yang boleh diresapi gas
Boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
Membolehkan oksigen sampai ke mata.
Penglihatan lebih jelas.
Mudah dibersihkan dan disimpan.
Tidak mudah rosak dan tahan lama (1-2 tahun).

KANTA LEKAP JENIS LEMBUT

Kanta lembut pakai buang
Kanta lembut pakai harian
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama atau dilanjutkan (extended-wear)
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama yang dipakai buang.
Tempoh penyesuaian mata terhadap kanta lebih pendek.
Lebih selesa dan susah untuk tertanggal
Membolehkan oksigen menembusi mata.
Untuk penggunaan sekali sahaja.
Tidak perlu dijaga.
Boleh digunakan sepanjang malam.
Boleh bertahan sehingga 7 hari tanpa dikeluarkan.
Boleh dipakai terus menerus selama 1-6 malam.
Tidak perlu dicuci atau cuci sedikit sahaja.
Sesuai untuk pemakai kali pertama.
Boleh dipakai lebih lama berbanding dengan kanta jenis keras.
Kadangkala boleh dipakai ketika tidur.
Sesuai untuk pemakaian biasa atau bersukan

Mencuci dan menyimpan kanta lekap

· Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
· Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
· Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
· Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
· Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
· Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
· Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.

Memakai kanta lekap:
· Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
· Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
· Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
· Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
· Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
· Lekapkan kanta tersebut.
· Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.

Jika anda memakai alat solek
· Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
· Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata.
· Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
· Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

sumber:
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_M_Mata_Kanta%20Lengkap.html

0 comments:

 

Template by: Abdul Munir