I made this widget at MyFlashFetish.com.

KEPIMPINAN PERSATUAN SESI 2008/09

Monday, March 31, 2008

Thursday, March 27, 2008

DOA ADIK

"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.

Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama ekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.

Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang
terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Ya, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Thursday, March 20, 2008

HAK-HAK PENGGUNA

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.


Artikel ini diperolehi daripada:
http://nccc.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=57&Itemid=42

TIPS KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.

Petikan daripada buku Cara Rasulullah s.a.w. Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit (Disusun oleh: Ibnu Qaiyum).

PENYEBAB BADAN ROSAK
Perkara yang boleh menyebabkan badan rosak adalah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamulail).

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang / barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan pula adalah berjalan tanpa alas, menyambut waktu pagi dengan wajah masam, banyak menangis, dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa. Manakala perkara yang menjadikan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) adalah berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak buat dosa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci adalah sombong, benci, berdusta dan suka mengadu domba.

KEFAHAMAN & INGATAN
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang boleh menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, makan sedikit dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

PERKARA YANG MENDATANGKAN & MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh mendatangkan rezeki adalah qiamulail (beribadah pada waktu malam selepas tidur), memperbanyakkan beristighfar di waktu sahur (sebelum waktu subuh), bersedekah dan berzikir pada waktu pagi dan petang. Manakala tidur waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat adalah antara perkara yang boleh menyekat rezeki.

Artikel ini dipetik daripada:
Senorita+antenna

Sunday, March 2, 2008

GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.


2.1 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;

a) Haiwan Darat.

b) Haiwan Air.


2.1.1 Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. Babi.

iii. Anjing.

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.


2.1.2 Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.1.3 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

2.1.4 Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.


2.1.5 Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.6 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.7 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.


3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM

Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

a) Kosmetik

b) Pakaian dan peralatan.


3.1 Kosmetik

3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.


3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.


3.2 Pakaian dan Peralatan

3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

Artikel ini diambil dari:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=80&parent_id=79

diharap artikel ini dapat membantu sediit sebanyak bagi kita sebagai seorang Muslim..(--,)

Saturday, March 1, 2008

~KENALI KANTA LEKAP/KANTA SENTUH~

Apakah itu Kanta Lekap?
Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai kanta sentuh.
Siapa yang perlu memakainya?
1. Individu yang menghidapi keratokonus. Individu yang mempunyai bahagian tengah korneanya beransur-ansur mengunjur keluar. Biasanya dengan pemakaian kanta lekap ini penglihatan adalah lebih baik dari memakai kaca mata.
2. Individu yang mengalami afakia. Individu yang kanta matanya telah dikeluarkan. Memakai kanta lekap ini akan memberi manfaat kepadanya.
3. Individu yang mempunyai parut di korneanya. Memakai kanta lekap akan dapat memperbaiki penglihatannya.

Siapa yang tidak patut memakainya?
· Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
· Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
· Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
· Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.

Jenis-jenis kanta lekap dan kegunaannya

KANTA LEKAP JENIS KERAS

Kanta lekap yang boleh diresapi gas
Boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
Membolehkan oksigen sampai ke mata.
Penglihatan lebih jelas.
Mudah dibersihkan dan disimpan.
Tidak mudah rosak dan tahan lama (1-2 tahun).

KANTA LEKAP JENIS LEMBUT

Kanta lembut pakai buang
Kanta lembut pakai harian
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama atau dilanjutkan (extended-wear)
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama yang dipakai buang.
Tempoh penyesuaian mata terhadap kanta lebih pendek.
Lebih selesa dan susah untuk tertanggal
Membolehkan oksigen menembusi mata.
Untuk penggunaan sekali sahaja.
Tidak perlu dijaga.
Boleh digunakan sepanjang malam.
Boleh bertahan sehingga 7 hari tanpa dikeluarkan.
Boleh dipakai terus menerus selama 1-6 malam.
Tidak perlu dicuci atau cuci sedikit sahaja.
Sesuai untuk pemakai kali pertama.
Boleh dipakai lebih lama berbanding dengan kanta jenis keras.
Kadangkala boleh dipakai ketika tidur.
Sesuai untuk pemakaian biasa atau bersukan

Mencuci dan menyimpan kanta lekap

· Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
· Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
· Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
· Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
· Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
· Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
· Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.

Memakai kanta lekap:
· Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
· Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
· Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
· Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
· Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
· Lekapkan kanta tersebut.
· Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.

Jika anda memakai alat solek
· Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
· Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata.
· Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
· Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

sumber:
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_M_Mata_Kanta%20Lengkap.html

Bersihkah Makanan Yang Anda Makan???

Mengapa makanan kita mesti bersih?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.


Bagaimanakah makanan boleh tercemar?
a. Menggunakan bahan mentah yang telah tercemar
b. Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih
c. Menggunakan peralatan yang kotor
d. Menghidangkan makanan dengan cara tidak bersih
e. Menyimpan makanan dengan cara tidak sempurna


Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan bersih?
a. Kebersihan bahan mentah
b. Pengendalian makanan yang bersih
c. Kebersihan pengendali makanan
d. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi
e. Rekabentuk premis dan peralatan yang sesuai
f. Pengurusan dan penyelenggaraan premis makanan yang sempurna
g. Penyediaan makanan yang betul


Apakah ciri-ciri kebersihan bahan mentah?
a. Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui bersih, segar dan tidak rosak.
b. Semua ba han mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak
c. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih
d. Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat
e. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan
f. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan dalam peti sejuk.


Apakah ciri-ciri pengendalian makanan yang baik?
· Jangan memegang makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan dengan tangan. Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.
· Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun
· Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut
· Semasa menghidang, jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk
· Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan
· Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk
· Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah di tempat yang sama untuk menghindar pencemaran silang


Apakah ciri-ciri kebersihan diri yang baik?
· Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidangkan makanan.
· Kuku pendek dan bersih
· Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan
· Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan
· Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan diri pengendali bersih dan kemas
· Berpakaian bersih. Pastikan apron dan tudung kepala bersih dan dipakai dengan betul
· Jangan berludah di kawasan penyediaan makanan
· Jangan bersin atau batuk ke arah makanan
· Jangan menghisap rokok atau makan sireh semasa menyediakan makanan
· Jangan korek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan


Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan kesihatan asas?
a. Bekalan air yang selamat dan mencukupi
b. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung dan bersih hendaklah disediakan.
c. Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai. Pastikan air limbah tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
· Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan.
· Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta dilengkapi dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan.
· Sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_K_Panduan%20pengendali%20makanan.html
 

Template by: Abdul Munir