Mengapa makanan kita mesti bersih?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.
Bagaimanakah makanan boleh tercemar?
a. Menggunakan bahan mentah yang telah tercemar
b. Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih
c. Menggunakan peralatan yang kotor
d. Menghidangkan makanan dengan cara tidak bersih
e. Menyimpan makanan dengan cara tidak sempurna
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan bersih?
a. Kebersihan bahan mentah
b. Pengendalian makanan yang bersih
c. Kebersihan pengendali makanan
d. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi
e. Rekabentuk premis dan peralatan yang sesuai
f. Pengurusan dan penyelenggaraan premis makanan yang sempurna
g. Penyediaan makanan yang betul
Apakah ciri-ciri kebersihan bahan mentah?
a. Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui bersih, segar dan tidak rosak.
b. Semua ba han mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak
c. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih
d. Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat
e. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan
f. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apakah ciri-ciri pengendalian makanan yang baik?
· Jangan memegang makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan dengan tangan. Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.
· Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun
· Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut
· Semasa menghidang, jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk
· Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan
· Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk
· Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah di tempat yang sama untuk menghindar pencemaran silang
Apakah ciri-ciri kebersihan diri yang baik?
· Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidangkan makanan.
· Kuku pendek dan bersih
· Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan
· Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan
· Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan diri pengendali bersih dan kemas
· Berpakaian bersih. Pastikan apron dan tudung kepala bersih dan dipakai dengan betul
· Jangan berludah di kawasan penyediaan makanan
· Jangan bersin atau batuk ke arah makanan
· Jangan menghisap rokok atau makan sireh semasa menyediakan makanan
· Jangan korek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan
Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan kesihatan asas?
a. Bekalan air yang selamat dan mencukupi
b. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung dan bersih hendaklah disediakan.
c. Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai. Pastikan air limbah tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
· Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan.
· Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta dilengkapi dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan.
· Sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_K_Panduan%20pengendali%20makanan.html
Piala Sumbangsih: Tahniah Buat Pasukan Kelantan
13 years ago
0 comments:
Post a Comment