I made this widget at MyFlashFetish.com.

KEPIMPINAN PERSATUAN SESI 2008/09

Sunday, July 26, 2009

Sekolah, daerah bakal ada persatuan pengguna

KUANTAN 25 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan setiap sekolah menengah dan daerah akan mempunyai kelab dan persatuan pengguna menjelang 2012.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, hanya terdapat kira-kira 45 peratus daripada 2,181 sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan kelab pengguna.

Bagi peringkat daerah, kata beliau, hanya 60 daripada 138 daerah mempunyai persatuan pengguna.

"Penubuhan lebih banyak kelab pengguna dapat membantu memupuk kesedaran dan memberi pendidikan kepenggunaan di kalangan generasi muda.

"Melalui kelab dan persatuan pengguna, masyarakat akan lebih terdedah dan sedar mengenai hak-hak pengguna yang sepatutnya dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pengguna 2009 di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ismail Sabri, penubuhan persatuan pengguna di peringkat negeri amat menggalakkan.

Malah, jelas beliau, persatuan pengguna negeri menjadi mata dan telinga kementerian serta bertindak sebagai pemberi maklumat mengenai sesuatu isu kepenggunaan.

Tambahnya, sekiranya kelab pengguna ditubuhkan di setiap sekolah, ahli-ahli kelab boleh berhubung antara satu sama lain secara maya.

''Antara medium yang boleh digunakan ialah mewujudkan portal kelab pengguna dengan memuatkan aktiviti kepenggunaan setiap kelab untuk dimanfaatkan bersama,'' ujarnya.


www.utusan.com.my

 
Template by: Abdul Munir