I made this widget at MyFlashFetish.com.

KEPIMPINAN PERSATUAN SESI 2008/09

Saturday, November 15, 2008

USUL YANG DIBAWA KEPADA NC

USUL MEMPERKASAKAN HAK MAHASISWA

Disediakan oleh
Persatuan Penguna Upsi

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
22 JULAI 2008


Sebagai pelajar universiti, sememangnya mahasiswa perlu mendapat perkhidmatan yang terbaik.Hak-hak dan kebajikan mahasiswa perlu dipertahankan.Oleh itu,Persatuan Pengguna UPSI mengambil inisiatif ini untuk mengusulkan beberapa perkara yang menjadi permasalahan utama.

1) Memohon supaya yuran untuk semester lapan dikurangkan kepada separuh yuran asal memandangkan pelajar yang menjalani praktikum sudah tidak menggunakan perkhidmatan di Universiti.
2) Menggunakan sistem kad tambah nilai untuk pelajar yang menggunakan perkhidmatan Bas Upsi.
3) Memohon supaya sistem pilihanraya kampus 2008 dilaksanakan secara adil dan telus.
4) Memohon penjelasan berkenaan potongan dari PTPTN.
5) Meminta penguatkuasaan terhadap etika pemakaian pelajar serta larangan pelajar siswa membonceng siswi.
6) Memohon pengubahsuaian serta pengasingan untuk penginapan pelajar siswa dan siswi yang tinggal di luar kolej bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sehingga boleh mencemarkan imej UPSI dan profesion perguruan itu sendiri.
Justeru, Persatuan Pengguna telah menyatakan pendirian, pengaduan terhadap permasalahan yang berlaku serta telah mengemukakan tuntutan kami kepada pihak universiti. Setinggi-tinggi harapan bagi kami agar pihak universiti dapat meneliti dan menerima tuntutan-tuntutan kami bagi memastikan para pelajar mendapat perkhidmatan yang terbaik.Kami bersedia untuk menjadi saluran kebajikan yang terbaik buat mahasiswa kampus.



Disediakan oleh,
PRESIDEN PERSATUAN PENGGUNA

Permohonan untuk menjadi Sekretariat Karnival Pengguna

Pihak Majlis Tertinggi memutuskan untuk membuka permohonan sebagai sekretariat Karnival Hari pengguna yang akan dijalankan pada 20- 22 Januari nanti.

Diantara slot/program yang akan dijalankan;

1. Wacana Pengguna Peringkat IPT
2. Jualan dan Pameran
3. Seminar Tribunal Tuntutan Pengguna
4. Ceramah:Pemakanan Halal
5. Pertandingan Mewarna dan Kuiz Pengguna
6. Pertandingan Pidato

Sesiapa yang berminat boleh hubungi wan nasron,presiden persatuan 0139916820 atau saudara Lee Wah Yong 0196049076.

'Memperkasa Pengguna'

PROGRAM PERSATUAN SEMESTER HADAPAN

Antara-antara program yang akan dijalankan pada semester hadapan ialah seperti berikut;

1. Karnival Hari Pengguna 20 - 22 Januari 2009

2. Lawatan Ke Sime Darby 23 Januari 2009

3. Pemantauan Harga makanan Januari - April 2009

4. Kempen Kitar Semula 21 - 3 Mac 2009

5. Mesyuarat Agong Kali ke 9 27 Mac 2009

6. Perjumpaan Ahli 2 Minggu sekali

Diharapkan semua ahli memeberi komitmen yang sepenuhnya bagi menjayakan program-program yang akan dijalankan pada semester hadapan.

Daripada;
WAN NASRON BIN WAN MOHD NASIR
PRESIDEN PERSATUAN PENGGUNA SESI 08/09

Thursday, November 13, 2008

Perlantikan baru sebagai EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN



Persatuan telah melantik saudara Mohd Firdaus B. Shariff (gambar di atas ) sebagai exco kebajikan & kemasyarakatan.Perlantikan ini dibuat berikutan kekosongan jawatan yang telah dikosongkan oleh saudara hanif yang telah terpilih sebagai EXCO MPP.Saudara firdaus akan menggantikan tempat tersebut berkuat kuasa 25hb oktober yang lalu sehinggalah mesyuarat agung ke 9 nanti.Diharapkan beliau dapat komitmen dalam persatuan ini dan semoga semoga exco memberi kerjasama dan bantuan kepadanya.

Monday, October 13, 2008

TUNAIKAN HAK ANDA SEBAGAI MAHASISWA

Hari pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bakal tiba.21hb oktober bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah terlaksananya demokrasi di kampus.Kepada mahasiwa,turunlah membuang undi dan pilihlah calon yan terbaik.
di sini maklumat berkenaan hari pembuangan undi:

Tarikh:21hb oktober (selasa)
masa : 8.30pagi - 6.00 petang

tempat : 7 lokasi

1)Bitarasiswa
2)Foyer KDP
3)Foyer KHAR
4)Library
5)Dewan serbaguna KZ
6)Dewan serbaguna KUO
7)Dewan sitc

Turunlah mengundi!Tunaikan Tanggungjawab anda! Anda penentu masa depan UPSI!

Thursday, October 9, 2008

TAZKIRAH SYAWAL (1)

Tajdid Iman: Ramadan tiada makna jika amalan merosot
Oleh Dr Juanda Jaya
Juanda@msu.edu.my
Syawal sebenarnya gamit jiwa kembali kepada fitrah elak terjebak maksiat

RAMADAN sudah meninggalkan tapak semaian ibadat yang mekar di hati seorang mukmin. Jiwanya masih lagi dipengaruhi bekas amal salih, sabar dan reda menahan hawa nafsu, munajat dan sujud, tadabbur al-Quran dan sedekah, doa yang panjang, tangisan dan taubat pada akhir malam.

Semua itu amat bermakna bagi membersihkan jiwa. Maka, pada Syawal ini janganlah disurutkan langkah ke belakang dan dikotori jiwa dengan maksiat. Apatah lagi untuk memutuskan diri dengan 'pencen ibadat'?

Jika demikian tentu sia-sia madrasah Ramadan dalam membentuk karakter jiwa yang bersih, tahan lasak melawan hawa nafsu dan kuat mujahadah. Syawal yang mulia seharusnya menggamit jiwa untuk kembali kepada fitrah.

Dunia kembali kepada wajah yang jelek dan huru-hara akibat perangai manusia bersifat seperti syaitan. Kembali bergolak dengan kejahatan dan kezaliman di mana-mana, dosa dan maksiat dianggap sesuatu yang lumrah dan semakin lembik suara mengajak kepada amar makruf nahi mungkar. Apakah ini semua berlaku kerana berakhirnya Ramadan?

Tidak, sesungguhnya Ramadan dijadikan sebagai bulan pembekal iman dan penguat semangat ketakwaan orang mukmin. Kekurangan ilmu dan ketandusan kefahaman agama menjadi sebab dan punca sesetengah umat Islam tidak mampu menterjemahkan semangat Ramadan sepanjang kehidupan mereka.

Janganlah kerana berpegang secara silap kepada hadis Rasulullah SAW yang menyatakan syaitan diikat pada Ramadan maka ada yang pandai-pandai beranggapan dosa dan maksiat yang dilakukan kini bukan atas kemahuan mereka, tetapi kerana rasukan serta hasutan syaitan selepas rantai dilepaskan.
Bukankah manusia sudah dibekalkan dengan kekuatan dan senjata untuk melawan pengaruh syaitan? Allah menolong hamba-Nya dan memberi penjagaan serta bimbingan wahyu untuk menyelamatkan manusia daripada kejahatan makhluk itu.

Mengapa menuduh syaitan menjadi punca kemerosotan iman, padahal setiap insan dibekalkan akal, hati, mata dan telinga untuk menerima hidayah Allah? Rasul diutuskan dan agama diturunkan dengan sempurna.

Bukankah Allah memberi jaminan dan perlindungan kepada setiap hamba-Nya daripada gangguan syaitan? seperti firman-Nya yang bermaksud: "Bagi manusia ada malaikat yang selalu mengikutinya secara bergilir, di depan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah al-Ra'd, ayat 11)

Allah berfirman yang bermaksud: "Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar. Dan mereka berkata: Jika kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala." (Surah al-Mulk, ayat 8-11)
Antara amalan yang membuat syaitan berputus asa menggoda manusia ialah dengan kembali kepada Allah selepas tersilap langkah. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah bagi orang yang sentiasa dekat dengan Allah dan menyedari bahawa ada Malaikat Hafazah dan Malaikat Rakib juga Atid yang menemani serta memerhati pergerakan amalan mereka.

Sehingga melalui lisan Nabi-Nya SAW dinyatakan setiap anak Adam pasti berdosa. Mereka tidak terlepas daripada gangguan syaitan, bahkan dalam aliran darah mereka melainkan orang yang menang dan kuat melawan pengaruhnya dengan pertolongan Allah.

Hal ini dinyatakan Baginda SAW yang bermaksud: "Bahawasanya Rasulullah SAW pernah keluar dari rumah Aisyah pada waktu malam, lalu aku (Aisyah) berasa cemburu terhadapnya. Apabila Baginda kembali dan melihat apa yang aku lakukan, Baginda bersabda: Wahai Aisyah! Apakah engkau cemburukan aku? Aku menjawab: Bagaimanakah orang seperti aku ini tidak cemburu kepada orang sepertimu? Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Kenapa begitu? Apakah syaitan merasukmu? Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah aku mempunyai syaitan? Sabda baginda: Benar. Aku bertanya lagi: Apakah syaitan itu berada pada semua orang? Sabdanya: Benar. Aku bertanya lagi: Pada dirimu juga ada syaitan? Sabda Baginda: Benar, akan tetapi Tuhanku menolongku terhadap syaitan itu sehingga akhirnya dia menyerah kalah." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Betapa lemahnya manusia apabila Allah melepaskan genggaman-Nya ke atas hati mereka, apabila Allah memalingkan pandangan rahmat-Nya dari jiwa mereka dan apabila Allah membiarkan mereka menjaga diri sendiri tanpa kekuatannya-Nya.

Sebaik-baik jalan keluar bagi menyelamatkan diri ialah dengan menghapuskan dosa lalu dan kembali kepada Allah dalam keadaan bertaubat. Jika tersilap lagi, bangkitlah semula dan jangan berputus asa mencari jalan pulang.

Sikap optimis dalam mencari hidayah dan melazimi taubat kepada Allah adalah amalan terbaik yang membuat syaitan menangis berputus asa. Bayangkanlah, ketika syaitan sudah hampir mencapai matlamatnya untuk menyesatkan seorang insan, tiba-tiba dengan segenap kekuatan insan itu berpatah balik pulang kepada Allah. Pasti syaitan laknatullah tersungkur menghumbankan wajah mereka ke tanah menangis sambil berkata: "Oh alangkah ruginya, sedikit saja lagi aku hampir menyesatkannya!"

Amalan seterusnya yang membuat syaitan berputus asa ialah membentuk benteng hati bersama ulama dan orang salih. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa antara kamu yang menginginkan kebahagiaan syurga, hendaklah dia melazimkan diri dalam jemaah. Sebab syaitan suka kepada orang yang bersendirian." (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi)

Pergaulan sihat mesti dilandaskan iman dan takwa. Memilih sahabat adalah ibadat. Setiap insan mesti memastikan dirinya berada dalam lingkungan iman yang baik, amal salih berterusan dan ilmu semakin meningkat serta penghayatan mendalam dalam kehidupan seharian. Keadaan sebegini memusnahkan impian syaitan laknatullah menyesatkan manusia beriman.

Kedudukan ulama ikhlas dan orang salih yang warak kadang-kadang dipinggirkan disebabkan perbezaan pandangan serta tindakan mereka terhadap orang jahil. Setiap perbezaan dan khilaf dalam masyarakat adalah ketentuan Allah yang berlaku pada setiap zaman.

Sudah selayaknya orang yang faham dan alim berlapang dada atas perlakuan orang jahil seperti Rasulullah SAW diarah untuk merendahkan 'sayapnya' (menurut bahasa al-Quran) di hadapan orang kurang memahami.

Demi membentuk benteng teguh menangkis serangan syaitan laknatullah, tiada jalan terbaik selain mengikuti sunnah Rasulullah SAW, bersaudara dengan orang salih dan menimba ilmu daripada pewaris Nabi.
POST DARI BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN :

Thursday, September 18, 2008

PROGRAM-PROGRAM AKAN DATANG

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA
22 SEPTEMBER 2008

HARI INTERAKSI DAN RAMAH MESRA DENGAN KPDNHEP
11 OKTOBER 2008

WACANA PENGGUNA IPT ZON UTARA
JANUARI 2009

FORUM'SELAMATKAN PALESTIN'
JANUARI 2009

KARNIVAL HARI PENGGUNA
FEBRUARI 2009

EDARAN BULETIN PENGGUNA
SEBULAN SEKALI

EDARAN SUARA PENGGUNA
SEMINGGU SEKALI

GELAGAT PENGGUNA

Friday, September 12, 2008

PENGUMUMAN

SEMUA AHLI PERSATUAN PENGGUNA DIJEMPUT KE MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA PERSATUAN PENGGUNA UPSI PADA :

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2007 (ISNIN)

MASA : 6.00 PETANG – 8.00 MALAM

TEMPAT : SURAU AN-NUR

INFAK : RM 2.00

BILANGAN : 100 ORANG

AKTIVITI : TAZKIRAH, TAHLIL DAN BERBUKA

UNTUK PROSES PENDAFTARAN DAN KEMASKINI AHLI, AHLI BOLEHLAH MENDAFTAR DI MEJA PERSATUAN PENGGUNA PADA:

HARI : ISNIN – RABU (15-17)

MASA : 10.15 PAGI - 12.15 TENGAHARI

Monday, September 8, 2008

CAWANGAN KPDN&HEP NEGERI PERAK
Tuan Haji Mokhtar Hj Sulaiman
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Perak
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Tingkat 1, Blok ABangunan Persekutuan IpohJalan Dato Seri Ahmad Said
30450 IPOH, PERAK DARUL RIDZUANNO.
TEL: 05-2414611NO. FAX: 05-2561192

CAWANGAN TAIPING
Encik Zulkifli Bin Yaacob
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Taiping
Tingkat 4, Wisma TaipingJalan Istana Larut
34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-8098800NO. FAX: 05-8063067

CAWANGAN TELUK INTAN
Encik Omar Bin Ismail
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Teluk Intan1-B, Laman IntanBandar Baru
36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-6253100 / 101NO. FAX: 05-6228282

CAWANGAN GRIK
Encik Mohamad Bin Hashim
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna GerikAras 2, Bangunan Pesekutuan Grik,Jln Intan
33100 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-7941001NO. FAX: 05-7910558

CAWANGAN MANJONG
Encik Ariffin bin Muslim
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Manjong
Tingkat 2, Bangunan Persekutuan
32040 MANJONG, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-6871100 NO. FAX: 05-6871109

CAWANGAN KUALA KANGSAR
Encik A. Razak Bin S'aari
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Kangsar33B, Jalan Datook Sagor
33000 Kuala Kangsar,PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-7768068 NO. FAX: 05-7768117

CAWANGAN TAPAH
Encik Ahmad Shafie Bin Hj Hussien
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Tapah
Lot No 10 & 11, Jalan Bidor35000 Tapah, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL: 05-4010471NO. FAX: 05-4010469

CAWANGAN PARIT BUNTAR
Encik Abd. Rahman Bin Yang Mohd Yusof
Ketua Cawangan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Parit BuntarNo 75, Jalan Maharaja, Pusat Bandar34200 Parit Buntar,PERAK DARUL RIDZUANNO. TEL: 05-7176055 NO. FAX: 05-7174515

Friday, August 29, 2008

Caj PTPTN 1 Peratus

Caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diturunkan kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Keputusan itu diambil jemaah menteri hari ini membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam, lapor Bernama."Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," beliau dipetik sebagai berkata.Peminjam yang tidak pernah membayar dikenakan kadar caj lama bersama denda sebanyak satu peratus. Bagaimanapun baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru, tambah Mohamed Khaled.PTPTN sebelum ini mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut peringkat siswazah, manakala lima peratus kepada pasca siswazahMenurut agensi berita itu lagi, menteri itu berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan.Peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN."Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian."Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.Mohamed Khaled menambah, caj rendah itu diharapkan dapat memudahkan usaha peminjam membuat bayaran balik.Kira-kira 1.04 juta pelajar siswazah (diploma dan sarjana muda) dan bagi 2,473 orang pula pasca siswazah (sarjana dan doktor falsafah) bergantung pada PTPTN.

FADHILAT BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Friday, August 8, 2008

STRUKTUR PENTADBIRAN PERSATUAN PENGGUNA
SESI 2008/2009

PENAUNG
Profesor Dato' Dr. Aminah Binti Ayob
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENSYARAH PENASIHAT
En. Norizan bin Saad

PRESIDEN
Wan Nasron Bin Wan Mohd. Nasir

TIMBALAN PRESIDEN
Lee Wah Yong

SETIAUSAHA
Noorul Hidayu Bt Khalid
NAIB SETIAUSAHA
Nurjasma Illia Bt Mohamad Nazri
BENDAHARI
Siti Huzaifah Bt Mohammad
JURUAUDIT
Nurul Fazlina Ain Bt Rasol

EXCO EX-OFFICIAL
Mastura Bt. Mohamad

EXCO PENERBITAN,MULTIMEDIA& INFORMASI
Siti Marhaini Bt Md Resadi
Norhulwanis Bt Din@Abdul Razak

EXCO KEBAJIKAN& KEMASYARAKATAN
Mohd Hanif Azwan B Ab Rahman
Munira Bt Mohammad Yusof

EXCO PENDIDIKAN & PENYELIDIKAN
Mohd Razi B Abd Rahman
Nurul Hidayah Bt Mohd Shafie

EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN
Mohd. Farhan Bin Fauzi
Lokmanul Hakim B Abdullah
EXCO HAL EHWAL WANITA
Hamidaton Salihah Bt Abdul Rahman

MESYUARAT AGONG KALI KE 8

Barisan Kepimpinan Baru persatuan pengguna sesi 08/09

Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya maka mesyuarat agong persatuan dapat dijalan dengan sempurna.Terima kasih diucapkan kepada ajk pelaksana mesyuarat ini,terima kasih juga kepada saudara mohd rizal b suhaimay selaku pengerusi mesyuarat agong kerana berjaya mengawal keadaan.Marilah kita sama-sama memperkasakan persatuan kita.
"Memperkasa Pengguna"

PROGRAM JALINAN KASIH 08

Program Jalinan Kasih 08 yang julung kali dianjurkan oleh persatuan pengguna Upsi ini telah dijalankan di Asrama Rumah Anak-anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam pada 26 julai yang lalu.Seramai 40 ahli persatuan pengguna terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada semua ahli yang terlibat. Mudah-mudahan program ini menjadi platform yang terbaik untuk kita melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

Friday, August 1, 2008

SEMINAR PENGGUNA BIJAK BERBELANJA

Biro pendidikan Persatuan Pengguna Upsi akan menganjurkan Seminar Pengguna Bijak Berbelanja.Berikut tentatif program;

1hb Taklimat program
Dewan KUO
8malam

2hb Pemantauan Harga di sekitar Pekan Tanjung Malim

3hb Seminar Pengguna Bijak Berbelanja
Dewan Kuliah B
8.30PG

Penyertaan terbuka kepada pelajar Upsi

Monday, July 14, 2008

10 tips Bijak Berbelanja

  1. Rancang Perbelanjaan anda:-
    o Harian
    o Mingguan
    o Bulanan
    o Tahunan
  2. Disiplin Diri
    o Mengawal Perbelanjaan
    o Mengawal Kewangan
  3. Jangan belanja lebih dari pendapatan
  4. Jangan berhutang
  5. Kalau tidak mampu tangguhkan/batalkan pembelian
  6. Ada ‘target’ – tiap bulan jimat $50 - $100
  7. Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli ketika ke kompleks membeli belah, dan pasar raya
  8. Jangan ikut orang lain
  9. Jangan mudah terpengaruh dengan barang-barang berjenama
  10. Elakkan memiliki kad kredit

MAKLUMAN KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN PENGGUNA

Makluman berkenaan mesyuarat agung kali ke 8 persatuan pengguna

tarikh: 18 julai 2008 ( jumaat)

tempat : bilik pameran bitarasiswa

masa : 8.00mlm - 10.30 mlm

pakaian : baju persatuan

Semua ahli persatuan dari sesi 2005 hingga sekarang dijemput hadir.

Sunday, April 20, 2008

Gambar kenangan


WAKIL PERSATUAN UNTUK DEBAT PIALA NC 22-23 MAC


MISI BANTUAN MANGSA RIBUT DI KUALA SLIM


DEMONTRASI MENGUTUK FITNA


BOIKOT BARANGAN BELANDA


Thursday, April 10, 2008

PEJABAT CAP

Gambar ini di ambil semasa lawatan kami ke CAP pd 16 Feb yang lepas.Seramai 4 orang yang pergi diketuai oleh presiden persatuan pengguna. Terima Kasih kepada kepada pihak CAP yang memberikan layanan yang baik kepada kami.

Monday, March 31, 2008

Thursday, March 27, 2008

DOA ADIK

"Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin.

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka.

Suatu ketika si abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki disebabkan mendapatkan bonus dari perusahaannya bekerja.

Lalu si abang berdo'a memohon seorang isteri yang sempurna, Allah mengabulkannya, tak lama kemudian siabang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik perangai.

Kemudian berturut-turut si Abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang layak, dan lain-lain dengan tikad supaya bisa lebih ringan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.

Sementara itu si Adik tidak ada perubahan sama ekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan Abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, dan si adik seringkali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.

Suatu saat si Abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila dia berdo'a menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a.

Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, kerana dia merasa adiknya masih berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.

Si adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu.

Suatu saat ketika si adik meninggal dunia, si abang terasa sedih kerana sehingga sampai akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi dia merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya sehubungan do'anya yang tidak pernah terkabul.

Si abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang
terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Solawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:

"Ya, Allah. tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abang ku, kabulkanlah segala do'a abang ku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat, "

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya, terharu dan tidak menyangka, ternyata adiknya tak pernah satu kalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawinya.

Thursday, March 20, 2008

HAK-HAK PENGGUNA

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.


Artikel ini diperolehi daripada:
http://nccc.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=57&Itemid=42

TIPS KESIHATAN CARA RASULULLAH S.A.W.

Petikan daripada buku Cara Rasulullah s.a.w. Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit (Disusun oleh: Ibnu Qaiyum).

PENYEBAB BADAN ROSAK
Perkara yang boleh menyebabkan badan rosak adalah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamulail).

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang / barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan pula adalah berjalan tanpa alas, menyambut waktu pagi dengan wajah masam, banyak menangis, dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa. Manakala perkara yang menjadikan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) adalah berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak buat dosa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci adalah sombong, benci, berdusta dan suka mengadu domba.

KEFAHAMAN & INGATAN
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang boleh menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, makan sedikit dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

PERKARA YANG MENDATANGKAN & MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh mendatangkan rezeki adalah qiamulail (beribadah pada waktu malam selepas tidur), memperbanyakkan beristighfar di waktu sahur (sebelum waktu subuh), bersedekah dan berzikir pada waktu pagi dan petang. Manakala tidur waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat adalah antara perkara yang boleh menyekat rezeki.

Artikel ini dipetik daripada:
Senorita+antenna

Sunday, March 2, 2008

GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.


2.1 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;

a) Haiwan Darat.

b) Haiwan Air.


2.1.1 Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. Babi.

iii. Anjing.

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.


2.1.2 Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.1.3 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

2.1.4 Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.


2.1.5 Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.6 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.7 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.


3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM

Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

a) Kosmetik

b) Pakaian dan peralatan.


3.1 Kosmetik

3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.


3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.


3.2 Pakaian dan Peralatan

3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

Artikel ini diambil dari:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
http://www.halaljakim.gov.my/corporate.php?ID=80&parent_id=79

diharap artikel ini dapat membantu sediit sebanyak bagi kita sebagai seorang Muslim..(--,)

Saturday, March 1, 2008

~KENALI KANTA LEKAP/KANTA SENTUH~

Apakah itu Kanta Lekap?
Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai kanta sentuh.
Siapa yang perlu memakainya?
1. Individu yang menghidapi keratokonus. Individu yang mempunyai bahagian tengah korneanya beransur-ansur mengunjur keluar. Biasanya dengan pemakaian kanta lekap ini penglihatan adalah lebih baik dari memakai kaca mata.
2. Individu yang mengalami afakia. Individu yang kanta matanya telah dikeluarkan. Memakai kanta lekap ini akan memberi manfaat kepadanya.
3. Individu yang mempunyai parut di korneanya. Memakai kanta lekap akan dapat memperbaiki penglihatannya.

Siapa yang tidak patut memakainya?
· Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
· Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
· Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
· Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.

Jenis-jenis kanta lekap dan kegunaannya

KANTA LEKAP JENIS KERAS

Kanta lekap yang boleh diresapi gas
Boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
Membolehkan oksigen sampai ke mata.
Penglihatan lebih jelas.
Mudah dibersihkan dan disimpan.
Tidak mudah rosak dan tahan lama (1-2 tahun).

KANTA LEKAP JENIS LEMBUT

Kanta lembut pakai buang
Kanta lembut pakai harian
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama atau dilanjutkan (extended-wear)
Kanta lekap dengan tempoh pemakaian lebih lama yang dipakai buang.
Tempoh penyesuaian mata terhadap kanta lebih pendek.
Lebih selesa dan susah untuk tertanggal
Membolehkan oksigen menembusi mata.
Untuk penggunaan sekali sahaja.
Tidak perlu dijaga.
Boleh digunakan sepanjang malam.
Boleh bertahan sehingga 7 hari tanpa dikeluarkan.
Boleh dipakai terus menerus selama 1-6 malam.
Tidak perlu dicuci atau cuci sedikit sahaja.
Sesuai untuk pemakai kali pertama.
Boleh dipakai lebih lama berbanding dengan kanta jenis keras.
Kadangkala boleh dipakai ketika tidur.
Sesuai untuk pemakaian biasa atau bersukan

Mencuci dan menyimpan kanta lekap

· Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
· Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
· Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
· Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
· Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
· Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
· Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.

Memakai kanta lekap:
· Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
· Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
· Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
· Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
· Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
· Lekapkan kanta tersebut.
· Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.

Jika anda memakai alat solek
· Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
· Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata.
· Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik
· Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.

sumber:
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_M_Mata_Kanta%20Lengkap.html

Bersihkah Makanan Yang Anda Makan???

Mengapa makanan kita mesti bersih?
Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti taun, tifoid, keracunan makanan, penyakit kuning (Hepatitis A) dan lain-lain.


Bagaimanakah makanan boleh tercemar?
a. Menggunakan bahan mentah yang telah tercemar
b. Menyediakan makanan dengan cara yang tidak bersih
c. Menggunakan peralatan yang kotor
d. Menghidangkan makanan dengan cara tidak bersih
e. Menyimpan makanan dengan cara tidak sempurna


Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan bersih?
a. Kebersihan bahan mentah
b. Pengendalian makanan yang bersih
c. Kebersihan pengendali makanan
d. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi
e. Rekabentuk premis dan peralatan yang sesuai
f. Pengurusan dan penyelenggaraan premis makanan yang sempurna
g. Penyediaan makanan yang betul


Apakah ciri-ciri kebersihan bahan mentah?
a. Bahan mentah yang hendak digunakan mestilah dipilih dari sumber yang diketahui bersih, segar dan tidak rosak.
b. Semua ba han mentah perlu dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak
c. Penyediaan bahan mentah perlu dibuat di tempat yang bersih
d. Bagi makanan di dalam tin, pilihlah tin yang tidak kemek dan tidak berkarat
e. Bilik penyimpanan bahan mentah mestilah bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan
f. Bahan-bahan mentah yang mudah rosak seperti ikan, daging, susu dan sebagainya perlu disimpan dalam peti sejuk.


Apakah ciri-ciri pengendalian makanan yang baik?
· Jangan memegang makanan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan dengan tangan. Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.
· Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun
· Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk. Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut
· Semasa menghidang, jangan sentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk
· Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan
· Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk
· Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah di tempat yang sama untuk menghindar pencemaran silang


Apakah ciri-ciri kebersihan diri yang baik?
· Amalan membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum menyediakan atau menghidangkan makanan.
· Kuku pendek dan bersih
· Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan
· Bahan-bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan
· Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan diri pengendali bersih dan kemas
· Berpakaian bersih. Pastikan apron dan tudung kepala bersih dan dipakai dengan betul
· Jangan berludah di kawasan penyediaan makanan
· Jangan bersin atau batuk ke arah makanan
· Jangan menghisap rokok atau makan sireh semasa menyediakan makanan
· Jangan korek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan


Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan kesihatan asas?
a. Bekalan air yang selamat dan mencukupi
b. Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung dan bersih hendaklah disediakan.
c. Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai. Pastikan air limbah tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.
· Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan.
· Kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta dilengkapi dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan.
· Sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_K_Panduan%20pengendali%20makanan.html

Saturday, February 16, 2008

~Keajaiban Madu Lebah~


Tahukah Anda, betapa madu merupakan sumber makanan penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui serangga kecil ini?

Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.
(QS. Al Jatsiyah, 45: 13)

Madu tersusun atas beberapa senyawa gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium, klor, belerang, besi, dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas nektar dan serbuk sari. Di samping itu, dalam madu terdapat pula sejumlah kecil tembaga, yodium, dan seng, serta beberapa jenis hormon.

Sebagaimana firman Allah dalam Al Quran, madu adalah "obat bagi manusia". Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Konferensi tersebut membahas pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, royal jelly, serbuk sari, dan propolis dapat mengobati berbagai penyakit. Seorang dokter Rumania mengatakan bahwa ia mengujikan madu untuk pengobatan pasien katarak, dan 2002 dari 2094 pasiennya sembuh total. Para dokter Polandia juga menyatakan dalam konferensi tersebut bahwa resin lebah dapat membantu penyembuhan banyak penyakit seperti wasir, masalah kulit, penyakit ginekologis, dan berbagai penyakit lainnya.

Dewasa ini, apikultur dan produk lebah telah membuka cabang penelitian baru di negara-negara yang sudah maju dalam hal ilmu pengetahuan. Manfaat madu lainnya dapat dijelaskan di bawah ini:

Mudah dicerna: Karena molekul gula pada madu dapat berubah menjadi gula lain (misalnya fruktosa menjadi glukosa), madu mudah dicerna oleh perut yang paling sensitif sekalipun, walau memiliki kandungan asam yang tinggi. Madu membantu ginjal dan usus untuk berfungsi lebih baik.

Rendah kalori: Kualitas madu lain adalah, jika dibandingkan dengan jumlah gula yang sama, kandungan kalori madu 40% lebih rendah. Walau memberi energi yang besar, madu tidak menambah berat badan.

Berdifusi lebih cepat melalui darah: Jika dicampur dengan air hangat, madu dapat berdifusi ke dalam darah dalam waktu tujuh menit. Molekul gula bebasnya membuat otak berfungsi lebih baik karena otak merupakan pengonsumsi gula terbesar.

Membantu pembentukan darah: Madu menyediakan banyak energi yang dibutuhkan tubuh untuk pembentukan darah. Lebih jauh lagi, ia membantu pembersihan darah. Madu berpengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah. Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah pembuluh kapiler dan arteriosklerosis.

Membunuh bakteri: Sifat madu yang membunuh bakteri disebut "efek inhibisi". Penelitian tentang madu menunjukkan bahwa sifat ini meningkat dua kali lipat bila diencerkan dengan air. Sungguh menarik bahwa lebah yang baru lahir dalam koloni diberi makan madu encer oleh lebah-lebah yang bertanggung jawab merawat mereka-seolah mereka tahu kemampuan madu ini.

Royal jelly: Royal jelly adalah zat yang diproduksi lebah pekerja di dalam sarang. Zat bergizi tinggi ini mengandung gula, protein, lemak, dan berbagai vitamin. Royal jelly digunakan untuk menanggulangi masalah-masalah yang disebabkan kekurangan jaringan atau kelemahan tubuh.

Jelaslah bahwa madu, yang diproduksi jauh melebihi jumlah kebutuhan lebah, dibuat untuk kepentingan manusia. Dan telah jelas pula bahwa lebah tidak dapat melakukan tugas-tugas yang sedemikian sulit "dengan sendirinya".

Oleh: Harun Yahya

http://www.halalguide.info/content/view/794/71/

Friday, February 8, 2008

bahaya garam tersembunyi....pembunuh dalam senyap..

"bahaya garam tersembunyi....pembunuh dalam senyap..."
Percaya atau tidak bahawa individu masa kini makan antara 16-30 kali lebih banyak garam daripada yang diperlukan di mana kebanyakannya tersembunyi dalam makanan yang diproses, makanan segera atau lebih tepat dalam makanan yang didefinisikan 'cepat dan mudah'. Namun, sedarkah kita bahawa makanan tersebut sebenarnya memudaratkan tubuh bada kita kerana tersembunyinya kandungan garam yang tinggi yang tidak kita ketahui????
Di Britain, para saintis menganggarkan pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kematian pra-matang kira-kira 40,000 nyawa setahun. Sementara itu di Amerika Syarikat pula individu masa kini memakan kira-kira 31/2 paun natrium setahun. Ini bermakna rakyat Amerika memakan 3-5 kali ganda natrium berbanding keperluan sebenar mereka.

"berapa kuaniti yang diperlukan????"
200mg natrium atau kurang adalah purata pengambilan garam sehari adalah yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan tubuh. Kadar ini sama dengan 1/10 sudu kecil garam. Hakikatnya adalah dipercayai orang dewasa yang sihat boleh mengekalkan imbangan natrium setiap hari serendah 0.07-0.5 gram (70-500 mg). Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan harian natrium atau garam maksimum seharusnya tidak melebihi 2400mg atau satu sudu kecil garam. Namun, tanpa sedar pengambilan makanan segera atau yang sudah diproses akan menyebabkan pengambilan garam kita berlebihan. Ini kerana hampir semua produk ini mengandungi garam yang tersembunyi setelah diproses.
Sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya tahu untuk memilih makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan kita...
amalkan 5M..(^_^)..

sumber: majalah RAPI bil.34, disember 2005

Sunday, January 27, 2008

~KHASIAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN~


Kurma
Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang
Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Mangga
Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Belimbing
Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Ciku
Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi - Pelbagai Khasiat

Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Betik
Selesaikan Sembelit
- Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah KESIMPULAN Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

Sumber: http://ttuyup.wordpress.com/2006/08/07/buah-buahan-dan-nilai-ubatan/

:::New Discovery:::

Protein Discovered That Prevents HIV From Spreading

ScienceDaily (Jan. 25, 2008) — In a study that could open up the field of virology to an entirely new suite of possibilities and that paves the way for future drug research, scientists at Rockefeller University and the Aaron Diamond AIDS Research Center have pinned down a molecule on the surface of human cells that helps keep particles of mutant strains of HIV from spreading. Rather than floating off to infect more cells, the protein contains the virus
particles by keeping them attached to the parent cell’s outer membrane, as if stuck there with glue.

Description of figure: Sticky situation. HIV-1 particles (dark circles) lacking Vpu are unable to extricate themselves from the surface of their host cell. Instead, tetherin keeps them locked to the surface of the cell's outer membrane, or causes them to be sucked back in and digested by the cell's endosomes. (Credit: Image courtesy of Rockefeller University)

Two years ago, Paul Bieniasz — head of the Laboratory of Retrovirology and ADARC scientist — discovered that normal HIV-1 particles are able to extricate themselves from the sticky membrane surface using a protein called Vpu. Bieniasz has been searching for the source of the glue itself ever since. Now, in an advanced online publication in Nature, he and his colleagues report that they found it: a protein they dubbed “tetherin” for its ability to keep viruses tied to a cell.

“All we knew when we started this two and a half years ago was that a virus lacking Vpu was released less efficiently from cells.” Bieniasz says. “And we had some electron micrographs that showed virus particles stuck there on the surface and clustered inside cells.” Once they started looking carefully at the reasons behind this, they found an antiviral mechanism keeping the HIV-1 mutant particles tethered to the cell. And it wasn’t just HIV — the glue appeared to interfere with the spread of other membrane-encapsulated (or “enveloped”) viruses, too.

To track down the cause of stickiness — and the likely reason HIV evolved Vpu — Bieniasz and his team looked at gene activity across all known human genes, making comparisons between cells that require Vpu for HIV-1 release and those that don’t. Ultimately, they narrowed it down to one very likely candidate. And the candidate, the tetherin protein, passed all the tests the researchers threw at it: When Vpu was not present but tetherin was, large numbers of virus particles piled up on the cell surface. When tetherin was missing, however, even the Vpu-deficient viruses were able to escape.

“We’ve discovered a new way that cells defend themselves against viruses,” Bieniasz says. “I think this will open up a new area of study in virology: how this protein antagonizes other viruses, and how viruses learn to get around it.” Going forward, his lab will focus on how broad tetherin’s antiviral activity is, and whether variations of it exist that might confer additional immunity or sensitivity to HIV and other viruses. And, he notes, if drug researchers are able to interfere with the interaction between tetherin and Vpu, their newly discovered protein might even provide a potential therapeutic target.

Journal reference: Nature online: January 16, 2008

Adapted from materials provided by Rockefeller University.

Reference:

Rockefeller University (2008, January 25). Protein Discovered That Prevents HIV From Spreading. ScienceDaily. Retrieved January 27, 2008, from http://www.sciencedaily.com­ /releases/2008/01/080124142209.htm

:::Memilih Makanan Yang Sihat:::

Makanan Yang Sihat???

Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Kini pelbagai makanan ringan ataupun makanan siap untuk dimakan tersedia di kedai-kedai mahupun di supermarket di merata tempat. Sebagai ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengawasi dan mengawal pola makan dan jenis makanan untuk kanak-kanak.

Kajian Mindy Hermann, R.D., seorang ahli gizi menyatakan bahawa rata-rata pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada tumbesaran berbanding kebaikannya. Menurutnya, para ibu bapa atau penjaga perlu memilih makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak-anak mereka.

Kanak-kanak sepatutnya dielakkan daripada mengambil makanan ringan yang tidak mendatangkan faedah semasa tumbesaran mereka. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat

Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam

Makanan ini penuh dengan lemak. Nugget dan sosnya banyak mengandungi sodium yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng

Biasanya disebut french fries ini mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin. Sebaiknya kanak-kanak tidak terlalu banyak makan makanan ini. Boleh diberikan sesekali tetapi kadar yang kecil.

Kerepek atau keropok

Terdapat berbagai-bagai jenis kerepek atau keropok di pasaran seperti kerepek kentang, keropok udang, kerepek jagung mahupun Cheese puff. Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong. Kanak-kanak perlu dikawal makan segala jenis keropok atau kerepek ini.

Minuman perisa buah

Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat

Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula yang boleh menyebabkan kegemukan dan kerosakan gigi. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

Tentunya masih banyak lagi jenis makanan yang kurang baik untuk dimakan oleh kanak-kanak. Tetapi, apa yang penting adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal daripada memakan makanan seperti di atas. Kunci utama dalam menangani masalah pemakanan anak-anak kita adalah dengan mengawal dan mengelakkan makanan yang membawa kesan buruk. Berikan mereka makanan yang segar dan berkhasiat demi kesihatan dan tumbesaran yang lebih baik.

Petikan : Buletin Pengguna

Sumber: http://www.kpdnhep.gov.my/index?cpath=66_94_253&pub=tips_683

 

Template by: Abdul Munir