I made this widget at MyFlashFetish.com.

KEPIMPINAN PERSATUAN SESI 2008/09

Sunday, July 26, 2009

Sekolah, daerah bakal ada persatuan pengguna

KUANTAN 25 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan setiap sekolah menengah dan daerah akan mempunyai kelab dan persatuan pengguna menjelang 2012.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, hanya terdapat kira-kira 45 peratus daripada 2,181 sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan kelab pengguna.

Bagi peringkat daerah, kata beliau, hanya 60 daripada 138 daerah mempunyai persatuan pengguna.

"Penubuhan lebih banyak kelab pengguna dapat membantu memupuk kesedaran dan memberi pendidikan kepenggunaan di kalangan generasi muda.

"Melalui kelab dan persatuan pengguna, masyarakat akan lebih terdedah dan sedar mengenai hak-hak pengguna yang sepatutnya dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pengguna 2009 di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ismail Sabri, penubuhan persatuan pengguna di peringkat negeri amat menggalakkan.

Malah, jelas beliau, persatuan pengguna negeri menjadi mata dan telinga kementerian serta bertindak sebagai pemberi maklumat mengenai sesuatu isu kepenggunaan.

Tambahnya, sekiranya kelab pengguna ditubuhkan di setiap sekolah, ahli-ahli kelab boleh berhubung antara satu sama lain secara maya.

''Antara medium yang boleh digunakan ialah mewujudkan portal kelab pengguna dengan memuatkan aktiviti kepenggunaan setiap kelab untuk dimanfaatkan bersama,'' ujarnya.


www.utusan.com.my

Friday, June 19, 2009

Kecemerlangan Remaja Islam

Setiap remaja harus mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang dan diberkati.


Pengendalian Diri

Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan lain jenis.

Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang meraba-raba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri dan menutup diri.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan. Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikuti citarasa ibu bapa, masyarakat dan agama.


Rasa Kebebasan Remaja

Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material. Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka, dengan alasan merasa belas kasihan dan lain-lain. Dengan cara ibu bapa sedemikian remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua ibu bapa.

Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik kejiwaan dalam diri seorang remaja.


Rasa Kekeluargaan Remaja

Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan ingin berdikari itu bertentangan dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat memerlukan keluarganya, namun dari segi yang lain dia ingin berdakari. Pengalaman kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan perasaan.

Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terjadi dalam lingkungan ibu bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi, sukan dan lain-lain. Jika perasaan ini disemai dengan baik, maka remaja tidak akan mengalami stres dan tekanan perasaan dan menjadikan kecenderungan jiwanya itu ke arah yang positif.


Kehidupan Sosial Remaja

Remaja sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang ada dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana ia tinggal. Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa aman, kerana ia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara ini merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi kehidupannya.

Penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang berperanan dalam mewujudkan kematangan emosi. Pada umumnya remaja sangat peka terhadap pujian dan cacian disekitarnya sehingga menyebabkan remaja mudah tersinggung. Jika ini terjadi remaja hendaklah memahami bahawa tidak semua manusia itu dalam keadaan serba baik, kemungkinan kesilapan yang dilalakukan oleh masyarakat sekitar itu dapat mendorong kita lebih matang dalam menghadapi masalah. Remaja juga harus menyedari, kemungkinan juga cacian dan celaan itu timbul kerana kesalahan dari pihak remaja sendiri. Bagi remaja yang beriman akan menghadapi suasana sosial semacam ini dengan lebih tenang dan sabar, sehingga ia akan menjadi remaja yang berhasil dan cemerlang.

Penyesuaian Diri Remaja

Penyesuaian diri terhadap orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang, terutama dalam usia remaja. Kerana pada usia ini remaja banyak mengalami kegoncangan dan perubahan dalam dirinya. Apabila seseorang tidak berhasil menyesuaikan diri pada masa kanak-kanaknya, maka ia dapat mengejarnya atau memperbaikinya pada usia remaja. Akan tetapi apabila tidak dapat menyesuaikan diri pada usia remaja, maka kesempatan untuk memperbaikinya mungkin akan hilang untuk selama-lamanya, kecuali boleh didapati melalui pengaruh pendidikan dan latihan-latihan.

Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya mempunyai ciri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan orang lain, simpati, mudah akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-ciri; suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dan sebagainya. Jika kebetulan remaja belum mampu menyesuaikan diri dengan cara yang lebih baik, maka berusahalah ke arah pembinaan akhlak yang mulia, maka insya Allah suatu saat nanti kita akan mampu. Seorang remaja jangan lekas putus asa dan patah hati dalam menghadapi kehidupan ini jika ingin lebih sukses dan cemerlang di masa akan datang.


Keyakinan Agama dan Nilai Murni Remaja

Keinginan remaja terhadap sesuatu kadang kala tidak dapat dipenuhi kerana dihalangi oleh ketentuan agama dan adat kebiasaan di tengah masyarakat. Pertentangan itu semakin ketara jika remaja menginginkan sesuatu hanya menurut selera dan kehendaknya saja. Mereka berpakaian yang tidak senonoh, menonton video lucah dan berperangai tidak manis di pandang mata, padahal semua perbuatan ini berlawanan dengan ketentuan agama dan nilai-nilai murni. Bagi remaja yang padai menempatkan dirinya pada posisi yang betul maka dia akan menghindari segala keinginan yang tercela dari kehidupannya.

Pertentangan antara keinginan remaja dengan ketentuan agama ini menyebabkan jiwa remaja memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurutkan kata hatinya.Remaja yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia serta mempunyai lingkungan keluarga yang menjalankan perintah agama, maka perkara ini dengan mudah mereka hadapi. Namun bagi remaja yang telah terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri agar tidak sentiasa terlena dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat semantara itu.

Demikianlah di antara pengaruh atau gejolak jiwa yang terjadi dalam diri seorang remaja. Semuanya memerlukan perhatian remaja dalam memahami dirinya sendiri, serta perhatian ibu bapa agar ada saling pengertian dalam menghadapi dan memahami seorang insan yang berstatus REMAJA. Semoga informasi tentang remaja ini berguna dalam menjana para remaja dan pelajar dalam menghadapi abad yang penuh dengan cabaran dan godaan ini.

Tuesday, April 7, 2009

Thursday, April 2, 2009

TABIAT PENGGUNA WANITA




1) Pancaindera dipengaruhi

2) Gemar kemudahan/keselesaan

3) Yakin yg. mahal bermutu tinggi

4) Mudah diperdaya dgn muslihat

5) Suka dibimbing buat keputusan

6) Suka gaya hidup “mewah”

7) Suka memiliki barang berlainan

8) Ikuti pembelian atas taraf

9) Sukar tolak tawaran istimewa

10)Baik membuat perbandingan

BENGKEL PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA




TARIKH : 11 APRIL 2009

MASA : 8.00 Pagi - 1.00 petang

TEMPAT : DEWAN KOLEJ UNGKU OMAR


TERHAD 60 ORANG SAHAJA

Saturday, March 28, 2009

Tabiat Pengguna Lelaki




1)Dipengaruhi rakan / imej

2)Elak jualan besar/murah/sesak

3)Cenderung beli di tempat sama

4)Cepat, tak suka cerewet

5)Kurang tawar menawar

6)Rasa diperdaya - tukar kedai

7)Cepat mengesan muslihat

8)Tak suka digesa membeli

Thursday, March 19, 2009

TELEFON BIMBIT DIHARAMKAN DISEKOLAH

PUTRAJAYA – Kementerian Pelajaran mengambil keputusan melarang terus penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar di kawasan sekolah berkuat kuasa serta-merta.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil oleh kementerian setelah perbincangan diadakan dengan guru-guru dan wakil persatuan guru pada mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini semalam.
Katanya, ia selaras dengan surat Pekeliling 1 Tahun 2006 yang telah dihantar ke sekolah-sekolah yang meminta pihak sekolah melarang para pelajar membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah.
“Semasa mesyuarat tadi (semalam), saya dimaklumkan pelajar yang membawa telefon bimbit gemar bermain SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan rakan-rakan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan telefon bimbit memang dilarang di sekolah dan kita merayu kepada ibu bapa supaya jangan membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah,” katanya.

KEMPEN MENGHENTIKAN PEMASARAN MAKANAN TIDAK SIHAT

KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan ringan mungkin diminta menggunakan kod warna ala lampu isyarat pada pembungkus makanan berkenaan sebagai perbandingan sama ada ia berkhasiat, kurang berkhasiat atau tidak sesuai langsung untuk dimakan kanak-kanak.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penggunaan kod warna berkenaan kerana ia bukan saja mudah difahami oleh kanak-kanak, malah hampir setiap individu.
Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kod warna berkenaan boleh dianggap kod universal dan mana-mana individu di dunia tahu mengenainya, sekali gus memudahkan setiap pihak di negara ini faham kepentingannya, khasnya kepada kanak-kanak.
“Kod ala lampu isyarat itu mudah difahami iaitu jika berwarna hijau, makanan ringan berkenaan sihat; kuning bermakna sederhana manakala merah menunjukkan makanan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, berlemak dan pelbagai lagi.
“Kod warna itu juga mudah dilihat atau disedari kanak-kanak selain ibu bapa, tidak seperti pembungkus sedia ada yang walaupun mempunyai keterangan berkaitan makanan ringan itu tetapi ia kecil, sukar dibaca selain tidak menarik minat golongan sasaran untuk mengambil tahu,” katanya.
Beliau ditemui dalam Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012: Generasi Makanan Ringan: Kempen Menghentikan Pemasaran Makanan Tidak Sihat Kepada Kanak-kanak di pasar raya Mega Giant, Kota Damansara, di sini, semalam.
Menurut Mohd Yusof, pihaknya akan mencadangkan penggunaan kod berkenaan kepada kerajaan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat dipenuhi demi kepentingan semua pihak.
“Jika ia dipenuhi, pengeluar makanan ringan perlu itu atau tindakan tegas boleh dikenakan jika mereka cuba memperdaya pelanggan dengan menggunakan kod warna mengelirukan.
“Bagaimanapun, setiap makanan ringan yang akan diberi kod warna perlu diperiksa Kementerian Kesihatan untuk menentukan jenis warna perlu digunakan.

Wednesday, March 18, 2009

samb- Hari Hak PengguNa Sedunia 15 MAC

Air minuman di dalam botol kini semakin popular dikalangan pengguna. Pengguna harus tahu mengenal pasti perbezaan diantara air mineral semulajadi dan air minuman yang di botolkan.
Air Mineral Semulajadi ialah air bawah tanah yang dikeluarkan untuk kegunaan minuman. Ia mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. Oleh yang demikian, air mineral semulajadi tersebut harus mematuhi standard yang disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 (oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).
Air minuman yang di botol pula merupakan air daripada bekalan air yang telah dirawat dan di botolkan untuk kegunaan minuman. Sumber air bagi air tersebut adalah air daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah.
Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air di dalam botol tersebut ialah:
• Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna.
• Penutup bagi air botol bagi Air Minuman di dalam botol ialah penutup berwarna putih sahaja.
Selain warna penutup botol, pengguna juga harus membaca dan memahami label pada botol tersebut dengan teliti.

Mesej ini di bawakan oleh
Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan

SEMPENA HARI HAK PENGGUNA SEDUNIA 15 MAC

KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan ringan mungkin diminta menggunakan kod warna ala lampu isyarat pada pembungkus makanan berkenaan sebagai perbandingan sama ada ia berkhasiat, kurang berkhasiat atau tidak sesuai langsung untuk dimakan kanak-kanak.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penggunaan kod warna berkenaan kerana ia bukan saja mudah difahami oleh kanak-kanak, malah hampir setiap individu.
Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kod warna berkenaan boleh dianggap kod universal dan mana-mana individu di dunia tahu mengenainya, sekali gus memudahkan setiap pihak di negara ini faham kepentingannya, khasnya kepada kanak-kanak.
“Kod ala lampu isyarat itu mudah difahami iaitu jika berwarna hijau, makanan ringan berkenaan sihat; kuning bermakna sederhana manakala merah menunjukkan makanan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, berlemak dan pelbagai lagi.
“Kod warna itu juga mudah dilihat atau disedari kanak-kanak selain ibu bapa, tidak seperti pembungkus sedia ada yang walaupun mempunyai keterangan berkaitan makanan ringan itu tetapi ia kecil, sukar dibaca selain tidak menarik minat golongan sasaran untuk mengambil tahu,” katanya.
Beliau ditemui dalam Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012: Generasi Makanan Ringan: Kempen Menghentikan Pemasaran Makanan Tidak Sihat Kepada Kanak-kanak di pasar raya Mega Giant, Kota Damansara, di sini, semalam.
Menurut Mohd Yusof, pihaknya akan mencadangkan penggunaan kod berkenaan kepada kerajaan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat dipenuhi demi kepentingan semua pihak.
“Jika ia dipenuhi, pengeluar makanan ringan perlu itu atau tindakan tegas boleh dikenakan jika mereka cuba memperdaya pelanggan dengan menggunakan kod warna mengelirukan.
“Bagaimanapun, setiap makanan ringan yang akan diberi kod warna perlu diperiksa Kementerian Kesihatan untuk menentukan jenis warna perlu digunakan.

Monday, March 16, 2009

Hari pertama proses temuduga

Bilik persatuan bitarasiswa,6.15petang- Pihak penerbitana,multimedia dan informasi yang membuat liputan temuduga bakal exco persatuan sesi 2009/10 diberitahu oleh barisan penemuduga bahawa tiada seorang pun rakan exco yang datang untuk ditemuduga pada hari ini.Kejadian ini amat mengecewakan setelah kerap kali diwar-warkan akan berlakunya proses temuduga pada hari ini..Pihak kami mengharapkan akan ada rakan exco yang hadir untuk ditemuduga pada esok hari jam 11.30pagi dan rabu ( 10.00pagi )

p/s Temuduga ini dijalankan untuk memilih 15 exco baru yang akan menerajui persatuan untuk sesi akan datang

Wednesday, March 11, 2009

PENYERTAAN BENGKEL PEMANTAPAN REXCO

Untuk pengetahuan ahli persatuan,pihak majlis tertinggi akan menganjurkan bengkel khas kepada rakan exco.Semua rakan rexco sepatutnya wajib menyertai program ini. Berikut butiran program;
tarikh:21-22 mac 2009
tempat: kem perkhemahan desa selesa
bayaran:rm20

Sekiranya ada rakan rexco yang terlibat ko ko pada hari sabtu,anda boleh datang pada jam 2 petang.

Segala permasalahan atau nak mendaftar,anda boleh hubungi/sms w.nasron (0139916820), s.u program (0136288292) atau ajk peserta ( marhaini 0135013884)

Bersama-sama kita memperkasa pengguna

'kuasa ditangan anda'

Tuesday, March 10, 2009

SEMOGA SAUDARA LOKMAN CEPAT SEMBUH

Kalumpang 9 mac 9.30 malam - Malam tadi ,kami diberitakan saudara lokman (exco ekonomi persatuan ) mengalami kemalangan berhampiran kedai makan love u coner semasa beliau dalam perjalanan ke rumah kenalan di kalumpang.Saudara lokman mendapat luka di tapak tangan. Pihak persatuan berharap saudara lokman akan cepat sembuh dan meneruskan kerja seperti biasa.

p/s: Sebagai keselamatan,pastikan kenderaan anda berkeadaan baik dan lampu berfungsi..

Thursday, March 5, 2009

ke Arah Memperkasakan kebajikan Mahasiswa

USUL MEMPERKASAKAN HAK MAHASISWA

Disediakan oleh
Persatuan Penguna Upsi

UNTUK
Yang Berhormat Profesor Dato’ Dr Aminah Bt Ayob
Naib Cancelor Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
22 JULAI 2008

Sebagai pelajar universiti, sememangnya mahasiswa perlu mendapat perkhidmatan yang terbaik.Hak-hak dan kebajikan mahasiswa perlu dipertahankan.Oleh itu,Persatuan Pengguna UPSI mengambil inisiatif ini untuk mengusulkan beberapa perkara yang menjadi permasalahan utama.
1) Memohon supaya yuran untuk semester lapan dikurangkan kepada separuh yuran asal memandangkan pelajar yang menjalani praktikum sudah tidak menggunakan perkhidmatan di Universiti.
2) Menggunakan sistem kad tambah nilai untuk pelajar yang menggunakan perkhidmatan Bas Upsi.
3) Memohon supaya sistem pilihanraya kampus 2008 dilaksanakan secara adil dan telus.
4) Memohon penjelasan berkenaan potongan dari PTPTN.
5) Meminta penguatkuasaan terhadap etika pemakaian pelajar serta larangan pelajar siswa membonceng siswi.
6) Memohon pengubahsuaian serta pengasingan untuk penginapan pelajar siswa dan siswi yang tinggal di luar kolej bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sehingga boleh mencemarkan imej UPSI dan profesion perguruan itu sendiri.
Justeru, Persatuan Pengguna telah menyatakan pendirian, pengaduan terhadap permasalahan yang berlaku serta telah mengemukakan tuntutan kami kepada pihak universiti. Setinggi-tinggi harapan bagi kami agar pihak universiti dapat meneliti dan menerima tuntutan-tuntutan kami bagi memastikan para pelajar mendapat perkhidmatan yang terbaik.Kami bersedia untuk menjadi saluran kebajikan yang terbaik buat mahasiswa kampus.



Disediakan oleh,
PRESIDEN PERSATUAN PENGGUNA

Tuesday, March 3, 2009

KUNJUNGAN TIDAK RASMI KE KPDN&HEP CAWANGAN TAPAH






Gambar presiden persatuan bersama Ketua Penguatkuasa KPDN&HEP cawangan Tapah ( Tuan Haji Ahmad Shafie )

Monday, February 23, 2009

PENCALONAN SEBAGAI EXCO PERSATUAN DI BUKA SEKARANG

Perhatian kepada semua ahli persatuan.Pencalonan akan dibuka sekarang dan borang boleh didapati dibilik persatuan.Borang yang telah di isi perlu dihantar selewat-lewatnya pada 13 mac 2009.
Berikut syarat-syarat pencalonan;
1.Masih mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester(tidak termasuk semester praktikum)
2.Pernah menyertai program persatuan pengguna.
3.Pernah terlibat sebagai ajk sekurang-kurangnya sekali.
4.Pointer 2.75 ke atas
5.Tidak memegang jawatan dalam persatuan lain.Sekiranya ada,perlu meletakkan jawatan dalam persatuan tersebut.
6.Perlu menyertai Program bengkel pemantapan rexco pengguna
7.Keutamaan akan diberikan kepada rakan-rakan exco.

Jawatan- jawatan yang dibuka
1.Exco ekonomi dan keusahawanan ( 2 orang )
2.Exco penerbitan,multimedia dan informasi ( 2 orang )
3.Exco Kebajikan dan kemasyarakatan ( 2 orang )
4.Exco Pendidikan dan penyelidikan ( 2 orang )
5.Exco Hal ehwal wanita ( 2 orang )

JAWATAN MT
1.PRESIDEN
2.TIMB. PRESIDEN
3.SETIAUSAHA
4.BENDAHARI
5.JURUAUDIT
6.NAIB SETIAUSAHA

PROGRAM-PROGRAM BULAN MAC

InsyaALLAH persatuan pengguna akan menganjurkan program pada bulan MAC ini dan terbukan hanya kepada ahli-ahli persatuan pengguna.Kepada yang belum menjadi ahli boleh mendaftar di bilik persatuan.Berikut senarai program;

1. Bengkel Pemantapan Rexco Pengguna 09
Tarikh : 21 - 22 mac 2009
Tempat : Kem perkhemahan Desa Selesa,Ulu Bernam
Bayaran: RM20

2. Pertandingan Bowling tertutup
Tarikh : 29 mac 2009
Tempat : Bukit beruntung
Bayaran: RM15

Kepada ahli-ahli yang berminat bolehlah mendaftarkan diri kepada wan nasron( presiden) dan lokman ( exco ekonomi )

Wednesday, February 4, 2009

YA ALLAH SELAMATKAN SAUDARA-SAUDARA KAMI...


..::BOIKOT::..

Wednesday, January 14, 2009

KEDAI PILIHAN PENGGUNA

SOLAT HAJAT PERDANA DAN CERAMAH SELAMATKAN PALESTIN

Solat hajat perdana dan ceramah 'selamatkan Palestin' akan diadakan sempena Karnival Hari Pengguna IPTA.Berikut maklumat program;

Tarikh : 20 Januari 2009
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan SITC,UPSI TANJUNG MALIM

P/S; Sila bawa sejadah sendiri

Terbuka kepada mahasiswa dan masyarakat Tanjung malim

Sunday, January 11, 2009

PROGRAM TAUTAN KASIH


Sesi bergambar bersama en morgan, penceramah slot Tribunal Tuntutan Pengguna sempena Program Tautan Kasih 08.

MARILAH SAMA-SAMA BOIKOT BARANGAN ISRAEL/AMERIKA/YAHUDI




KEMPEN BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Pengambilan sekretariat Karnival Hari Pengguna

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar yang berminat untuk menjadi sekretariat Karnival hari pengguna pada 20-22 jan ini,pengambilan sekretariat akan dijalankan pada ;

Tarikh: 11 & 12 jan 2009
Tempat: Bilik persatuan
Masa : 11 jan ( 2pm-5pm )
12 jan ( 9pg - 6pm )

Anda juga boleh hubungi/sms wan nasron ( 0139916820 ) ataupun noorul hidayu
( 0199700904)
 

Template by: Abdul Munir